Salam
Pagi ni, tiba2 rasa rajin nak mengupdate blog lepas sahur. Pagi ni saya nak bincangkan sikit pasal beza antara produk seramik dan porselin. Kalau tengok gambar atau dari segi fizikal, dua2 ni nampak & rasa macam sama. Tapi kedua2nya actually berbeza.
First, kita tengok apa dia seramik. Kalau kita tengok meaning dalam kamus;
1. Sebarang mineral bukan metal (seperti tanah liat) yang keras, rapuh atau mudah pecah, tahan panas dan hakisan yang dibentuk dan dipanaskan pada suhu tinggi
2. Seni seramik atau pembuatan tembikar
3. Sebarang pembuatan dari tanah liat untuk membentuk sesuatu produk
Seterusnya, tentang barangan porselin;
1. Sejenis material putih yang keras untuk menghasilkan barangan porselin (dahulunya untuk China)
2. Seramik keras yg berwarna putih dan telus cahaya, duperbuat dengan memanaskan tanah liat tulen dan kemudiannya disadur dengan warna & bahan boleh lakur.
Kalau nak diikutkan, sikit je beza seramik & porselin ni. Tapi bila tengok pada gambar2 kat atas, seramik & porselin berbeza warna.
Cara pembuatan pun sebenarnya berbeza. Untuk seramik, biasanya hiasan akan diukir pada bahan yang telah dibentuk, ada juga yang menggunakan cara layer by layer dimana hiasan akan ditampal secara berlapis2. Tapi cara ni hiasan akan dibakar lepas lapisan diletakkan one by one. Teknik melukis atas seramik pun ada, tapi yg ini pun asasnya ukiran. Lepas tu baru warna ditambah untuk dijadikan lukisan atas seramik tu. Satu lagi cara, pembuat barangan seramik panggil colored slips. Yang ni paling senanglah untuk diorang. Cat atas kertas, then tampal atas clay. Siap!
Berbeza dengan porselin, walaupun ada juga hiasan yang dibuat dengan cara mengukir, tapi mostly porcelain dihias dengan lukisan. Biasanya dilukis dengan berbagai jenis cat, kemudian dibakar. Berbagai cara yg ada, lukis dengan tangan (Hand-paint), lukisan tampal/tekap (Transfer painting). Ada jugak yg tampal kertas yg dipotong2, then tambah extra paint/hiasan lain. Cara ni dipanggil decoupage. Ada yg lain, waterslide decals; yg ni tampal sejenis bahan berhias je kat porselin tu. Macam yg kita selalu tengok kat mug2 yg ada kat rumah/jual sekarang. Satu lagi, cara dye sublimation. Cara ni lagi senang. Pakai dye-sub printer je. Print gambar, then tampal kat porselin. Satu lagi, ada cara pakai cat yg mudah kering. Cat lah apa pun, then biarkan je hiasan tu kering. Senang!
Harap, penjelasan ni sedikit sebanyak dapat membantu untuk perjelaskan apa tu seramik & porselin. Next time, saya akan upload barangan seramik pulak yer.
Toodles!
Mini business created from a thought by Papa. I started it & I will make it big. A step to achieve my dream. Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 016-9088 947 (Shida) atau 019-2211 094 (Shera.
Wednesday, August 15, 2012
Two-Tier Dessert Server
Kali ni, barangan porcelain yang mesti ramai surirumah & ibu2 suka. Pinggan dua tingkat, atau nama betul dia Porcelain 2-tier dessert server. Memang didatangkan dengan dua pinggan, 1 set siap dengan tiang kat tengah2 tu.
Pinggan dua tingkat ni boleh la kalau nak hidang cupcakes, kuih muih atau simply letak cookies. Cantik!
Monday, August 6, 2012
3pcs Bowl Set
Salam
Hari ni ada new product. Mula2 nak buat bisnes selingan je, tapi rasa macam benda ni ramai orang suka je.. 1st product for upload - 3pcs bowl. Diperbuat dari bahan porcelain & sangat2 cantik. Boleh buat mangkuk hidang untuk raya ni. Nak buat bekas simpan makanan pun boleh, sebab magkuk ni datang sekali dengan penutup kedap udara. Have a look :)
Ada apa2 persoalan, silalah hubungi saya di nombor telefon diatas :)
Saturday, August 4, 2012
Masjid Negara
Salam
Awal Ramadhan, Papa bagitau ada someone on behalf of Imam Muda Masjid Negara nak buat goodie bag untuk bagi kat anak2 kat wad Pediatrik HUKM & staff Masjid Negara. Semua sekali 125 beg kena siapkan.
Buat semua ni walaupun kerja last minute, tapi sempat hantar. Thanks to Papa, Adam & Hubby sebab tolong siapkan order ni.


Ha, yang ni sempat amik gambar sebelum hantar. Second order ni lain sikit, siap nak beg bagai. Wakil Imam Muda siap mintak letak tuala, berus & ubat gigi, tisu & makanan (letak kurma tu la kan). Tapi ikutkan jelah, sebab yang nak tu kawan Papa. Next time maybe tak buat dah kot. Tengok mood. Kalau rajin buat la. Hehehe


Untuk beg tu, Papa ada kawan yang jual shopping bag & Papa mintak orang tu printkan sekali logo masjid negara kat beg. Looks nice. Tapi ngam2 ada 125 je. Tak dapat nak simpan satu. Bukan senang nak ada beg cap Masjid Negara. Huhu.
Anyways, syukur sangat sebab dah siap buat & hantar order ni. Hopefully next time boleh collaborate dengan diorang lagi.
*Happy*
First Order
Hujung bulan 7 haritu, 1 order of 50 pcs kotak delivered to Dr Zam yg tengok sample & terus order. Alhamdulillah. Bersedia letak deposit separuh harga & bayar selebihnya lepas dapat product. Terima kasih banyak2. Lain kali tempah kat saya lagi yer..
Dr. Zam order yang ni 50. Penat jugak nak tampal2 bunga kat atas tu. Tapi too bad, tak sempat nak snap gambar 50 kotak yang dah siap tu sebelum delivery. Takpelah, my first product tak dapat, order2 yang lepas ni kena make sure amik gambar & post. Hehehe :p
Tuesday, July 17, 2012
Beautiful Packagings
Assalamualaikum,
Disini ada sedikit idea untuk menjual bungkusan berisi buahan atau makan sebagai cenderahati atau goodie. Sekiranya ada dikalangan anda yang mengadakan kenduri atau majlis berbuka puasa, bungkusan2 seperti ini bolehlah diberikan kepada tetamu yang hadir sebagai cenderahati. Isi kandungan dalam bungkusan2 ini boleh ditukar mengikut citarasa anda, sekiranya anda mahu menggunakan bahan selain kurma; seperti biskut raya, marshmallows atau kerepek.. Bergantung kepada kesesuaian isi dengan bungkusan.
Harga packaging juga bergantung kepada kos isi dalam bungkusan..
Buat masa ini, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, bungkusan berhias ini khusus dijual untuk jualan kurma sebagai cenderahati.
Harga setiap jenis bungkusan bergantung kepada jenis hiasan & isi kandungan bungkusan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 016-9088 947 (Shida) atau 019-2211 094 (Shera) untuk membuat tempahan atau untuk sebarang penjelasan lanjut.
Harga boleh nego ;) bergantung kepada jenis permintaan pelanggan :)

Subscribe to:
Posts (Atom)